BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Islamic Widget

Sunday, January 10, 2010

~ ADAKAH SAMA & SERUPA??? ~

ASSALAMUALAIKUM..

Tetiba rasa nak menulis.. pagi2 lps subuh ilham datang.. terpanggil utk beri beberapa 'komen' tentang entry yg bru je dipost kan.. petikan dari METRO.. ISTERI PARAH BUNUH DIRI.. apa-apa pun, 1stly, sedekahkan lah al-fatihah utk Allayarhamah dulu..


dulu masa kecik2.. time2 sekolah, ustaz pernah kata, hukum bunuh diri tu BERDOSA.. sesiapa yang bunuh diri, dikira kafir.. jadi persoalannya kat sini, adakah kita boleh kategorikan individu yg bunuh diri sebagaimana dalam paper tu sbgai KAFIR?? NA'uzubillah.. itu biarlah Allah S.W.T yg tentukan.. siapalh kita sebagai manusia biasa untuk menghukum pengakhirannya seseorg manusia di alam sana.. kita pun tak tahu lagi macm mana nanti..

dalam Quran pun ada cakap surah al-Kahfi ayat 6.. ( Saje tak nak tulis surah kat sini, nk galakkan pembaca buka Quran.. hehe ), menyatakan tentang pengharaman bunuh diri..

hadis nabi juga ada mengatakan :
" Hadits 86. (Shahih Muslim) Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw., bersabda : “Siapa yang bunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata itu akan ditusuk-tusukannya sendiri dengan tangannya ke perutnya di neraka untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan racun, maka dia akan meminumnya pula sedikit demi sedikit nanti di neraka, untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka dia akan menjatuhkan dirinya pula nanti (berulang-ulang) ke neraka, untuk selama-lamanya.”

sebenarnya banyak lagi hadis-hadis shahih yang diriwayatkan menyatakan tentg haram bunuh diri.. cuma untuk gambaran awal, cukuplah bg 1 je dulu..

ulasan saya tentang berita ni.. kenapa mesti nk bunuh diri? kalo kita baca, kita refer dalam2 motif dia bunuh diri pun.. kita rasa bnda tu tak boleh diselesaikan dgn cara yang lbih diplomasi banding bunuh diri.. rasanya boleh dikategorikan si isteri ni terlalu 'emosional'.. hanya sbb tension dgn anak, n bergduh ngn mak, dia ambik kputusn bunuh diri.. patutlah pompuan ni tak boleh jadi hakim, antara sebab2 nya adalah emosi.. ( bukan untuk damn kaum hawa, tp realiti syarat utk jd hakim yer.. ) kalo difikirkan pnjg, dia xkesian ke dgn suami dia, keje susah2, anak ramai, masih perlukn kasih syg ibu... bila dh bunuh diri dan sekaligus menghilagkn diri dr dunia ni, sbnrnye bkn makin senangkn keadaan.. tp makin menghimpit derita bagi keluarga yg masih hidup.. takpelah, bnda dh jadi, kita sama2 lah doakan ARWAH ditempatkan di kalangan orang yg beriman..

rasanya tak nak komen lagi, takut tersalah entry.. cuma nak bagi sedikit nasihat.. ( wlaupun blum kawin lagi ) mana ada rumah tangga yg tak bergoyang.. bak kata p.ramlee pun, 'lidah lagi tergigit, inikan pulak manusia'.. masalah dgn ank2 tu rasanya biasa, bila nak2 makin membesar, dgn faktor sekeliling, anak2 akn mngalami perubahan skit.. pertumbuhan kematangan.. tp sebagai ibu bapa, kena pndailah nk handle mcm ne.. bkn bunuh diri sbgai jalan penyelesaian.. kalo mcm tu, senang lah.. bila tension ngn ank je, bunuh diri.. pastu kaum adam kt muka bumi ni rmai2 jadi duda.. tak boleh lah mcm tu.. ank masih perlukan kasih syg kedua2 nya, kesian bila tgok ank yg xde mak ayah.. pandai2 lah bawa diri.. kemudi keluarga ke jalan yg di redhai Allah S.W.T.. minta pertolongan DIA.. InsyaAllah, Tuhan takkan kecewakan hambanya yang selalu memohon.. fikir-fikirkanlah.. kesimpulan akhir... JANGAN BUNUH DIRI.. WASSALAM..

BERITA YG MENGGEMPARKAN..



ISTERI PARAH BAKAR DIRI

ALOR STAR: “Dalam keadaan badannya terbakar, saya nampak dia berlari sambil meraung kesakitan sebelum rebah,” kata Marzuki Jamaludin, 39, suami kepada Rosiana Rosli, 36, yang parah selepas membakar dirinya di depan rumah ibunya di Kampung Sungai Buaya, Bukit Panchor, Nibong Tebal, Pulau Pinang, malam kelmarin.

KENANG NASIB...enam daripada tujuh anak Rosiana bersama nenek mereka, Hasanah.
KENANG NASIB...enam daripada tujuh anak Rosiana bersama nenek mereka, Hasanah.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam, Rosiana melecur dari bahagian pinggang hingga kepala selepas bertindak nekad mencurah badannya dengan petrol sebelum membakar dirinya menggunakan api lilin.


Marzuki ketika ditemui, berkata beberapa jiran turut membantu memadamkan api pada badan isterinya itu sebelum dia rebah sambil meraung kesakitan.


“Dia merintih kesakitan dan saya memapahnya sehingga cebisan kulitnya turut terlekat pada seluar dan baju saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam.


Marzuki bersama adik iparnya, Sazali Rosli, 34, kemudian membawa Rosiana ke Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal kira-kira jam 11 malam kelmarin sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang.


Bagaimanapun, Rosiana yang kritikal apabila lebih 50 peratus tubuhnya melecur dipindahkan ke Unit Rawatan Kebakaran, HSB, di sini, kira-kira jam 4 pagi semalam.


Marzuki seorang pengawal keselamatan di sebuah kilang di Nibong Tebal, berkata sebelum kejadian, dia dijemput Rosiana dengan motosikal kira-kira jam 8.30 malam dari tempat kerjanya kira-kira 13 kilometer dari rumahnya.


Apabila tiba di rumah, Rosiana yang bekerja sebagai pembantu kedai makan terus ke rumah ibunya, Hasnah Omar, 51, kira-kira 100 meter dari rumahnya untuk memanggil pulang anak keduanya yang berusia 15 tahun.


Difahamkan, berlaku pertengkaran di antara Rosiana dengan anak serta ibunya menyebabkan dia bertindak nekad membakar dirinya. Mangsa dipercayai mengalami tekanan perasaan berikutan sikap anak perempuannya itu yang tidak mahu mendengar nasihatnya dan sering menimbulkan masalah.


Ketika kejadian, enam daripada tujuh anaknya yang berusia dua hingga 17 tahun turut berada di rumah.

Marzuki berkata, dia tidak nampak bagaimana kejadian itu berlaku dan hanya diberitahu adik perempuannya yang tubuh isterinya terbakar.


“Sebaik dimaklumkan kejadian itu, saya terus berlari ke rumah mentua dan mendapati tubuh Rosiana terbakar. Saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengannya dan hubungan kami juga baik,” katanya.


Sementara itu, di Pulau Pinang, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat, berkata mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dipercayai tertekan dengan sikap degil anak perempuannya itu sebelum mengambil petrol lalu menyimbah ke badannya.


Beliau berkata, polis yang menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira jam 12.40 malam mendapati kira-kira 54 peratus badan mangsa terbakar termasuk dahi dan dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang.


Mangsa kemudian dipindahkan ke Unit Kebakaran Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah dan dilaporkan dalam keadaan stabil.


Shafien berkata, mangsa dari keluarga miskin mempunyai tujuh anak dengan anak sulung berusia 17 tahun manakala bongsu dua tahun.


“Masalah kemiskinan ditambah dengan sikap anak perempuannya yang degil dan kerap tidak pulang ke rumah menyebabkan mangsa mengalami tekanan perasaan dan mendorongnya berbuat demikian,” katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.